Menu utama

14 September 2016

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5

BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

 Sistem Ahli

Keanggotaan Sistem Ahli :

Ahli ekonomi













O.A. Spencer
Ahli Kesihatan














Dr Lee Tiang Keng
Ahli Dalam Negeri

                










                Dato Onn Jaafar
Ahli Pelajaran













Dato E.E.C.Thuraisingam
Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
















Dato’ Mahmud Mat
Ahli Perindustrian dan hubungan Sosial
J.D. Hodgkinson
Ahli Perumahan dan Kerja Raya
J.D. Mead
Ahli Pertanian dan Perhutanan














Tunku Yaakob Ibni Sultan Ab. Hamid

Langkah-langkah Dato’ Onn Jaafar untuk melaksanakan Pakatan Murni :
  • Menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP)
  • Mendokong Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK)atau Communities Liaison Committee (CLC)
  • Menerima kerakyatan jus soli bersyarat bagi bukan Melayu
  • Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA)
  • Mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu.
  • Menyokong penubuhan Persidangan Kebangsaan
PERIKATAN SERTA PILIHANRAYA BANDARAN NEGERI, DAN MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN 1955.

1.    Bilakah pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan? 

Februari 1952

2.   Dalam pilihanraya tersebut, kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor telah diadakan. Siapakah pemimpin kedua-dua pertubuhan tersebut? 

Dato’ Abddul Razak Yahya dan Ong Yoke Lin

3.  Berapakah jumlah kerusi yang dimenangi oleh gabungan UMNO-MCA tersebut?

9 kerusi (daripada 12)

4.    Bilakah MIC mula menganggotai Parti Perikatan? 

1955

5. Pada tahun 1954, British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Berapakah bilangan kerusi yang akan dipilih melalui pilihanraya? 

     52  kerusi

         6.    Nyatakan manifesto Parti Perikatan dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955 ? 

         -Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun
         -Mewajibkan pendidikan
         -Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
         -Menjaga hak asasi manusia
         -Melindungi hak raja-raja Melayu

         7.    Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 dalam kabinet pertama pilihan rakyat?  

          Tunku Abdul Rahman

PERIKATAN DAN PAKATAN MURNI KE ARAH KEMERDEKAAN

1)   Siapakah yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada Februari1956?

    Tunku Abdul Rahman

2) Namakan empat orang wakil Sultan Melayu yang turut menganggotaiRombongan tersebut?

    Dato’ Panglima Bukit Gantang
    Dato’ Nik Ahmed Kamil
    Encik Abdul Aziz Majid
    Dato’ Mohd Seth

3) Siapakah yang telah mempengerusikan Perundingan tersebut?

    Lord Lennox-Boyd

4) Di manakah Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan sekembalinya dari London?
    
    Bandar Hilir Melaka

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.

Tokoh-tokoh yang Terlibat Dalam PTM 1957
Pemimpin Perikatan
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Tun HS. Lee
Tun V.T. Sambanthan
Wakil raja-raja Melayu
Tunku Abdul Rahman
Pemimpin terpilih
Dato Onn Jaafar
Dato Panglima Bukit Gantang

Senaraikan isi-isi penting penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. 


  • Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
  • Pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • 3 jenis kerakyatan, iaitu kuatkuasa undang-undang, secara permohonan dan secara naturalisasi.
  • Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.
  • Agama Islam sebagai agama rasmi Perseketuan Tanah Melayu.
  • Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Negara.
  • Perdana Menteri sebagai pengurus pentadbiran negara.
  • Pentadbiran bersifat demokrasi berparlimen
  • Di peringkat negeri, pentadbiran dilaksanakan oleh Menteri Besar dengan bantuan Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

PAKATAN MURNI

a) Maksud Pakatan Murni

• Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
• Jalan untuk menyelesaikan tuntutan dan masalah yang tersendiri
• Untuk menyatukanpadukan pelbagai kaum

b) Usaha-usaha / langkah-langkah ke arah Pakatan Murni

• Penubuhan Jawatan Hubungan Antara Kaum ( CLC )
• Beberapa perkara telah dipersetujui :
   o Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
   o Kerakyatan Negeri 1951
   o Pilihanraya peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan
• Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
• Penubuhaan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
• Penubuhan Persidangan Kebangsaan
• Konvensyen Kebangsaan UMNO – MCA

c) Kepentingan penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum ( CLC )

• Titik perrmulaan kerjasama antara kaum
• Memperlihatkan perubahan terhadap dasar UMNO kerana sanggup berunding dengan kaum lain
• Satu pendekatan baru dalam politik Persekutuan Tanah Melayu
• Meletakkan perpaduan kaum menjadi asas kemerdekaan yang akan dicapai

d) Perkara yang dipersetujui dalam perundingan UMNO – CLC

• Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
• Memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar
• Pelantikan Dato Onn Jaafar sebagai pengerusi pertama
• Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu
• Pilihanraya di peringkat perbandaran , negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan akan diadakan pada masa yang sesuai

e) Peranan Dato Onn Jaafar

• Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC )
• Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan yang akan dicapai
• Pengerusi pertama Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
• Membuka keahlian UMNO kepaada bukan Melayu
• Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
• Membuka IMP kepaada semua kaum
• Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti

f) Sebab-sebab IMP gagal

• Kaum Cina, India dan kaum lain tidak merasakan mereka satu bangsa Tanah Melayu
• Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka
• Mereka sudah mempunyai parti mewakili kaum masing-masing

g) Kejayaan Parti Perikatan

• Memenangi pihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952
• Memenangi pilihanraya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama
• Memenangi pihanraya Negeri 1954
• Mengasaskan penubuhan Parti Perikatan 1955
• Mengangggotai Jawatankuasa Pilihanraya Majlis Mesyuarat Perundangan
• Memenangi pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
• Menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
• Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri
• Membahagikan kabinet daripada pelbagai kaum
• Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan

Manifesto Parti Perikatan

• Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun
• Mewajibkan pendidikan
• Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
• Menjaga hak asasi manusia
• Melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan

Peranan Suruhanjaya REID.

• Membincang Perlembagaan Persekutuan
• Menyusun Perlembagaan Persekutuan
• Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka berpandukan beberapa isu:
  o Kerjaan persekutuan yang kuat
  o Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
  o Kedudukan Raja-Raja Melayu
  o Hak istimewa orang Melayu
  o Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
• Menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak:
  o Raja-Raja melayu
  o Orang perseorangan
  o Pertubuhan politik
• Cadangan parti Perikatan diberi perhatian utama sebagai kerajaan
• Menerbitkan cadangan Suruhanjaya Reid pada Februari 1957
• Cadangan diterima oleh parlimen British Mei 1957
• Melahirkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Kerakyatan Jus soli

• Tuntutan orang dagang
• Tidak diterima oleh orang Melayu
• Prinsip kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum
• Boleh melemahkan orang Melayu
• Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perelembagaan

Persekutuan Tanah Melayu

• Pakatan Murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
• Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
• Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan

Isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957

• Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
• Pemisahan antara kuasa kersekutuan dengan kuasa negeri
• Pemisahan melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
• Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
• Tiga jenis kerakyatan diwujudkan
• Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan
• Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
• Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
• Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
• Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
• Demokrasi berparlimen sebagai pentadbiran negara
• Dewan rakyat dan Dewan Negara diletak di bawah kuasa Parlimen
• Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran peringkat negeri dibantu Dewan Undangan Negeri dan EXCO

Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

• Pakatan murni dicapai
• Wujud kerajaan demokrasi berkonsep Raja Berpelembagaan
• Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini
• Wujud perpaduan jitu antara kaum di PTM
• Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
• Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang merdeka mengikut acuan sendiri
• Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
• Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan

Usaha para pemimpin negara dalam mencapai kemerdekaan

• Bijaksana dalam menuntut kemerdekaan
• Kemerdekaan tanpa pertumpahan darah
• Sikap bekerjasama
• Sentiasa mengutamakan perundingan
• Kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik masyarakat berbilang kaum

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

• Presiden UMNO
• Ketua parti Perikatan
• Perdana Menteri pertama
• Bijak mengendali pakatan murni antara kaum
• Mencapai kemerdekaan dengan penuh harmoni dan gemilang

Tun Abdul Razak

• Timbalan Presiden UMNO
• Timbalan Perdana Menteri pertama
• Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London tahun 1956
• Perunding untuk menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
• Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
• Menggubal sistem pendidikan Kebangsaan Negara / Penyata Razak 1957
• Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua 1970

Tun H. S. Lee

• Tokoh MCA
• Memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetus idea Parti Perikatan
• Berkerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapat kemerdekaan
• Menteri kewangan pertama

Tun V. T. Sambanthan

• Sumbangan dalam menuntut kemerdekaan
• Presiden MIC
• Menyokong sepenuh dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
• Menyeru kaum India memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada negara

Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka: Sistem Ahli






3 comments: