BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
1. Institusi
Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
a) Konsep Raja
Berperlembagaan
• Sistem pemerintahan yang
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
• Pemerintah dibantu oleh
Perdana Menteri
• Sistem pemerintahan beraja
mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Yang di-Pertuan Agong
bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
• Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri secara
bergilir-gilir
• Pemilihannya berdasarkan
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
b) Bidang Kuasa Yang
di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia
• Yang di-Pertuan Agong
mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislatif), badan
pemerintahan (Eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari)
• Yang di-Pertuan Agong
berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
• Yang di-Pertuan Agong
adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah
Tentera
• Bertanggungjawab menjaga
dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan
Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan,
kedudukan, dan kehormatan Raja-Raja Melayu
• Sebagai ketua agama Islam
bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak
dan Sabah
• Mempunyai kuasa budi
bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan
melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat
Perdana Menteri
• Berkuasa mengisytiharkan
undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan
negara terancam
• Berkuasa melantik
pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan
Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit
Negara bagi Persekutuan
c) Kepentingan Raja
Berperlembagaan
• Merupakan tonggak
keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini
• Membantu memantapkan
kewibawaan institusi beraja di negara kita
• Memberi keseimbangan
kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja
2. KONSEP NEGARA
PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA
• Malaysia ialah sebuah
negara Persekutuan
• Persekutuan bermaksud
penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta
beberapa buah kerajaan negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini
menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia.
a) Pengagihan Kuasa
Pentadbiran Malaysia
(i) Senarai Persekutuan
Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya
Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
• Hal ehwal luar
negeri(hubungan luar)
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihanraya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan
dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan
pengangkutan
• Jabatan Ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga
pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan
sosial
• Orang Asli
• Hal-hal lain
(ii) Senarai Negeri
Mengandungi bidang kuasa
yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa
terhadapnya
• Undang-undang Islam
• Tanah
• Pertanian dan perhutanan
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri
(iii)Senarai Bersama
Senarai Bersama menurunkan
bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini
kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan
wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan
awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan
Rumusan
• Persekutuan adalah satu
kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
• Hubungan baik Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan
Kerajaan Persekutuan dalam membantu mengurangkan perbalahan etnik
• Pemimpin dan rakyat mesti
mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.
3.
PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI
a) Bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan
• Perlembagaan Persekutuan
peruntukkan kuasa yang luas kepada Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri
• Badan Eksekutif mempunyai
tugas menjalankan kuasa Eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang
sedia ada.
• Kuasa Eksekutif kerajaan
persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
• Kabinet dan Jemaah Menteri
menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri.
b) Bidang kuasa Kerajaan
Negeri
• Peruntukan kuasa Eksekutif
kepada Kerajaan Negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
• Kuasa Eksekutif terletak
kepada Raja, sultan atau Yang di-Pertua Negeri,
• Menteri Besar atau Ketua
Menteri dilantik oleh sultan atau Yang di-Pertua
• Urusan Pentadbiran
terletak kepada Perlembagaan Negeri.
• Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu
setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
4.
LAMBANG-LAMBANG NEGARA
Tujuan
• Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan
terhadap tanah air
• Rakyat sanggup berkorban
dan kecintaan terhadap tanah air
• Rakyat sentiasa
bersemangat
• Simbol perpaduan
• Lambang kemegahan penduduk
• Membezakan Malaysia dengan negara lain
• Melambangkan kedaulatan
sesebuah negara
• Taat kepada pemerintah
• Terdiri daripada Jata
Negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.
a) JATA NEGARA
• Menjadi lambang kemegahan
penduduk negara
• Setiap lambang mempunyai
maksud tersendiri
• Lima bilah keris lambang
negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu
Tidak Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili
negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan
negeri Melaka.
• 2 ekor harimau
melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah
dilambangkan jata negeri tersebut.
• Bulan sabit – agama Islam
sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14 buah negeri
Persekutuan.
• Empat jalur berlainan
warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali
sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri
Pahang.
• Warna merah dan kuning
lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan
kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning
lambang negeri Sembilan
b) BENDERA KEBANGSAAN
• Menggantikan bendera Union
Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957
• Pada tahun 1949 ditubuhkan
Jawatankuasa Reka Bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu
• Mengadakan pertandingan mereka
bentuk bendera dan 373 peserta mengambil bahagian.
• Encik Mohamad Hamzah telah
terpilih sebagai pemenang.
• Pada 26 Mei 1950, buat
pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di perkarangan istana Sultan
Selangor.
• Bendera Persekutuan juga dikenali sebagai Jalur Gemilang.
• Dikibar di majlis rasmi
dan adat istiadat rasmi, seperti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Hari
Kebangsaan.
• Warna merah - keberanian
• Warna putih - kesucian
• Warna biru - Perpaduan
• Warna kuning - lambang
kedaulatan Raja-Raja Melayu
• Bulan sabit - lambang agama
Islam sebagai agama rasmi
• Bintang berpecah empat
belas - lambang gabungan empat belas negeri.
• 14 Jalur - warna merah dan
putih lambang gabungan negeri.
c) LAGU KEBANGSAAN
• Sebelum Merdeka lagu
kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’
• Lagu kebangsaan negara
kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh
Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh,
Kuala Lumpur
• Pasukan pancaragam polis
Diraja telah memperkenalkan 4 buah lagu.
• Lagu Terang Bulan iaitu
lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu
memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
• Lagu Terang Bulan dipilih
sebagai asas lagu kebangsaan
• Digubah semula oleh En.
Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan
kesetiaan rakyat kepada negara.
• Lirik lagu menuntut kita
supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan
tanah air
• Membangkitkan semangat
patriotik dan cinta akan negara
• Semua rakyat mesti
berbangga dengan lagu kebangsaan.
Lagu "Negaraku"
Lagu "Negaraku"
Lagu ‘God Save the Queen’
Lagu ‘Terang Bulan vs NegaraKu’
Agak ringkas...
ReplyDeleteKalau nk lagi detail..cari sendiri
Deletehai..apa sebab YDPA melantik suruhanjaya PA dan suruhanjaya PR?
ReplyDeletesebab suruhanjaya merupakan badan bebas yang tidak boleh berada di bawah mana-mana kuasa eksekutif, mahkamah atau legislatif bagi mengelakkan salahguna kuasa. Oleh demikian, Suruhanjaya dilantik oleh YDPA atas nasihan Perdana Menteri
Delete