Bab 3 - Kesedaran
Pembinaan Negara Dan Bangsa
CIRI-CIRI
NEGARA DAN BANGSA
1. Negara
- Negara
– wilayah yg mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yg berwibawa.
- Malaysia
terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
2. Bangsa
- Merujuk
kepada sekumpulan manusia yg mendiami sesebuah wilayah.
- Mempunyai
persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.
3. Kerajaan
- Institusi
pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah
negara.
- Kerajaan
juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat
sesebuah negara.
- Kerajaan
di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
4. Perlembagaan
- Peraturan
tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yg menjadi rujukan dan
panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.
- Perlembagaan
bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
CIRI-CIRI
NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA
1. Wilayah Pengaruh
- Wilayah
- Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.
- Wilayah
Pengaruh – kawasan yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan
seorang raja.
- Empayar
Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan
seluruh Timur Sumatera.
2. Kedaulatan
- Kekuasaan
tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh
dihadkan oleh mana-mana pihak.
- Kedaulatan
juga merujuk kepada kekuasaan yg dimiliki untuk menggubal dan
menguatkuasakan undang-undang.
- Kedaulatan
memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan,
taklukan atau penjajahan kuasa asing.
3. Lambang-lambang
- Lambang
Negara – Simbol atau tanda yg mempunyai ientiti sesebuah negara.
- Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan
bangsa.
- Sistem
pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam
merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
- Kebesaran
sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia,
nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.
4. Keunggulan Undang-Undang
- Undang-undang
dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
- Keunggulan
undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan
kerakyatan diterima oleh masyarakat.
- Pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis
iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
- Hukum
Kanun Melaka – mengandungi 44 fasal yg menyentuh bidang kuasa raja dan
pembesar serta pantang larang di kalangan masyarakat.
- Hukum
Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan
undang-undang keluarga.
- Undang-Undang
Laut Melaka – berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab
pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda
kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
5. Rakyat
- Seluruh
penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang
dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
- Sebagai
tanda ketaatan , rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat
istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.
6. Kerajaan
- Badan
yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan,
mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan
negara lain.
- Pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah
tertinggi yg dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana.
UNDANG-UNDANG
TUBUH KERAJAAN JOHOR
Bendera Johor
1. Latar Belakang
- Diperkenalkan
oleh Sultan Abu Bakar.
- Dikuatkuasakan
pada tahun 1895.
2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
- Keturunan
Sultan sebagai pewaris takhta
- Pengiktirafan
orang Melayu sebagai rakyat Johor.
- Agama
Islam sebagai agama negeri.
- Raja
hendaklah berbangsa Melayu
- Lelaki
- Beragama
Islam
- Merupakan
waris pemerintah Johor
- Raja,
Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada
kuasa atau kerajaan lain.
- Raja
berhak memilih menteri Besar.
- Naib
menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.
3. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua
iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.
4. Majlis Negeri – mempunyai kuasa perundangan dan
Jemaah Menteri – mempunyai kuasa pelaksanaan.
5. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri
Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu raja dan Jemaah Menteri
mentadbir negeri dan rakyat.
6. Jemaah Menteri teriri daripada 8 hingga 12
org pegawai kanan kerajaan yg menjadi anggota Majlis Negeri. Mereka
berbangsa Melayu, beragama Isalam dan merupakan rakyat Johor.
7. Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai
negeri Johor.
SISTEM
JEMAAH MENTERI DI KELANTAN
Bendera Kelantan
Lambang Kelantan
1. Latar belakang
- Sistem
jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan
Muhammad 1 (1801-1836).
- Sultan
Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan
pentadbiran dan pemerintahan kelantan.
- Sultan
Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam
pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang
bergelar Nik dan Wan.
2. Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.
- Jemaah
Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
- Jemaah
Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh
negeri kelantan.
- Jemaah
Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang
keadilan dan kehakiman.
- Jemaah
Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
- Jemaah
Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
- Jemaah
Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
- Jemaah
Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
- Jemaah
Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan
pembangunan negeri.
UNDANG-UNDANG
TUBUH KERAJAAN TERENGGANU
Bendera Terengganu
Lambang Terengganu
1. Latar Belakang
- Pada
1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Terengganu.
- Dikenali
juga sbg Ittiqan-Il muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada
pemerintah yg berdasarkan keadilan.
- Tujuan
– untuk menghalang British yg sedang berusaha meluaskan kuasanya di
Terengganu.
2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
- Pemerintahan
beraja bercorak raja berperlembagaan.
- Pemerintah
Terengganu mesti beragama Islam.
- Berbangsa
Melayu.
- Lelaki.
- Merupakan
waris Sultan yg memerintah Terengganu.
3. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan dan Jemaah Menteri.
4. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan
mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu serta mengaku taat
setia kepada sultan dan kerajaan.
5. Majlis Mesyuarat kerajaan diketuai oleh
Menteri Besar yg dilantik oleh Sultan.
6. Jemaah menteri berhak memilih Naib Menteri Besar
setelah diperkenankan oleh Sultan.
7. Ahli Mesyaurat kerajaan bertanggungjawab membantu
Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang
dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan
negeri dan menjalinkan hubungan dengan negeri lain.
8. Waris sultan atau menteri dilarang
mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah menyerahkan negeri kepada kuasa
lain.
UNDANG-UNDANG
TUBUH KERAJAAN TERENGGANU MENGANDUNGI FASAL BERIKUT
- Perlantikan
Raja
- Syarat
menjadi Raja
- Waris
takhta
- Tertib
Raja
- Zuriat
Sultan
- Raja
yang belum cukup umur.
- Tegahan
kepada raja
- Sara
hidup kerabat iraja
- Menteri
- Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri
- Tanggungjawab
pembesar
- Kedudukan
Agama Islam
- Ketaatan
kepada pemerintah
- Kesalahan
khianat kepada negeri
- Pemilihan
Menteri Besar dan Naib Menteri Besar
- Kepentingan
dan agenda mesyuarat kerajaan
- Mengadakan
perjanjian
- Hubungan
kerajaan denga kerajaan lain.
NEGERI
SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN
Bendera Negeri Sembilan
Lambang Negeri Sembilan
1. Latar Belakang
- Negeri
Sembilan teriri drpd 9 buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau,
Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
- Paa
abad ke 18, Negeri Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar
dengan gelaran Yamtuan Besar.
- Negeri
Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yg bentuknya mirip persekutuan
sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
- Negeri
Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berasarkan Adat Pepatih iaitu
kedaulatan berada ditangan rakyat.
- Mengikut
hieraki Adat Pepatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat
paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yg
kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
UNSUR
DEMOKRASI DLM SISTEM PEMILIHAN PEMIMPIN DI NEGERI SEMBILAN
- Negeri
Sembilan dibahagikan kepada 4 daerah atau jajahan yang disebut luak.
- Empat
luak utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol.
- Ketua
setiap luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
- Undang
dipertanggungjawabkan melantik Yang Dipertuan Besar.
- Lembaga
pula dipilih oleh Buapak.
- Lembaga
merupakan ketua suku dan bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
- Buapak
merupakan Ketua Perut.
- Setiap
anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.
- Buapak
menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya yg berkaitan dgn
adat.
- Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada indiviu mengikut peringkat.
Cepat dan lancar dalam memahami isi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesangat mudah difaham
ReplyDeletethankyou cikgu<3
ReplyDelete