Menu utama

11 September 2016

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

BAB 2  NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG
               DUNIA KEDUA


PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

  1. Berlaku sejak kedatangan kuasa British yang bertujuan memelihara hak maruah daripada pencerobohan kuasa Barat
  2. Kebangkitan peringkat awal dipimpin oleh pembesar tempatan seperti Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong & lain-lain
  3. Penentangan pada tahap awal bersifat setempat kemudian berkembang menyeluruh pada awal kurun ke -20


Sebab-Sebab Pemimpin Tempatan Menentang British

      1.  Dasar Penaklukan British
          

Ø Dasar Penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya di Tanah Melayu. 

Ø Pemguasaan politik yang luas menyebabkan kawasan jajahan terikat dengan undang-undang dan peraturan.

Ø Misalnya apabila British menguasai Melaka, Naning dipaksa menjadi jajahan Melaka dan dikehendaki membayar ufti/cukai. Penghulu Dol Said menentang kehendak British dan hal ini menyebabkan berlakunya peperangan. 


2.   Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan

> British berhasrat menguasai ekonomi tempatan untuk kepentingan mereka sendiri.

> Eksploitasi ekonomi dilakukan dengan membuat perjanjian dengan pemimpin tempatan.

> Menerusi perjanjian ini, pedagang-pedagang dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.


3.   Pelaksanaan Pentadbiran Barat

§ British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

§ Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.


4. Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan

> British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.

> Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan beliau ditentang oleh pnduduk tempatan.


5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh
~ Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah.


6. Kesulitan Penduduk Tempatan

o Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.

o Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. 

Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan



GERAKAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme









Gerakan Islah
  1. Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.
  2. Tokoh pendorong gerakan ini ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
  3. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. 
  4. Akhbar dan majalah seperti al-Iman, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh menjadi medium untuk menyalurkan maklumat gerakan ini.
MATLAMAT PERJUANGAN GERAKAN ISLAH

■    Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.
■    Gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
■    Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
■    Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu. 



PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAH 

  • Gerakan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama.
  • Gerakan Islah oleh kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja.
  • Di negeri-negeri Melayu terdapat Undang-Undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
  • Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran Sultan.
  • Undang-undang juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda di bawa masuk ke Negeri-Negeri Melayu.
  • Gerakan kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah.
  • Di Madrasah diajar Pendidikan Fardu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.
  • Madrasah memberi peluang pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan. 



Peranan Akhbar, Majalah dan Novel sebagai Penggerak Kesedaran Kebangsaan

 a) Akhbar

 


 b) Majalah


 c) Novel


Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu


Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun

Kesan daripada tekanan Jepun:










14 comments: