Menu utama

15 September 2016

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
                                                 Lord Brassey
1.   Tahun : 1887 
Tokoh :  Lord Brassey
Kawasan : Sarawak, Sabah, Persekutuan Tanah Melayu   
                                                                      Sir Malcolm MacDonald
2.   Tahun : 1948 
Tokoh :  Sir Malcolm MacDonald
Kawasan : Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei & Negeri-Negeri Selat & Persekutuan Tanah Melayu   
  
Lim Yew Hock

David Marshall
3.   Tahun : 1955
 Tokoh : Lim Yew Hock & David Marshall 
Kawasan : Singapura & Persekutuan Tanah Melayu     
Dato' Onn Ja'afar

4.    Tahun : 1956
Tokoh : Dato’ Onn Ja’afar
Kawasan: Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei, Tanah Melayu & Persekutuan Tanah Melayu   
                                                                Lee Kuan Yew
Tunku Abdul Rahman

5.    Tahun : 1959
Tokoh : Lee Kuan Yew & TUNKU ABDUL RAHMAN
Kawasan : Singapura & Tanah Melayu     


Apakah reaksi negara-negara di bawah terhadap Pembentukan Malaysia?


Singapura
disokong oleh Parti PAP, Lee Kuan Yew kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri
ditentang Barisan Sosialis yang mengatakan pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan baru
Sarawak 
disokong Parti Negara Sarawak (PANAS), SNAP, BERJASA, SCA, PESAKA, ditentang  SUPP
Sabah  
disokong UNKO, USNO, PARTI PASOK MOMUGUN, PARTI PERIKATAN SABAH
Brunei  
ditentang PARTI RAKYAT BRUNEI
Indonesia    
ditentang dan melancarkan konfrontasi
Filipina  
ditentang dan menuntut Sabah


Senaraikan kronologi usaha-usaha ke arah pembentukan Malaysia (ms. 149 – 152)

1.   Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah
2.   Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
3.   Ogos,1962: Suruhanjaya Cobbold
4. Ogos   1962: Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
5.   September 1962: Pungutan suara di Singapura
6.   Dis 1962: Gagasan MAPHILINDO
7.   Jun 1963: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)
8.   16Sep1963: Perisytiharan Malaysia

Lengkapkan intipati Perjanjian Malaysia 1963 (m.s 155 )

a)Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
b)Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
c)Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan
e)Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam
f) Perwakilan parlimen – Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah -16 kerusi dan Singapura – 15 kerusi
g) Rakyat Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf sama dengan orang Melayu di Persekutuan

RANGKUMAN RINGKAS BAB 6

Langkah-langkah pembentukan Malaysia

• Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
• Mengadakan rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak , Sabah dan Singapura
• Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Penubuhan MAPHILINDO
• Bertujuan untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.
• Setiausaha Agung PBB U Thant menghantar perwakilan Malaysia ke PPB membincangkan penubuhan Malaysia.
• PBB hantar wakil ( Lawrence Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju menyertai Malaysia.

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

• Ditubuhkan pada Julai 1961.
• Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens.
• Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia.
• Mengumpul pandangan penduduk.
• Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir
• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

• Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.
• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.
• Jun 1962 mengemukan laporan kepada kerajaan British.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat.
• Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

Cadangan Suruhanjaya Cobbold

• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.
• Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
• Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)

• Ditubuhkan pada Ogos 1962.
• Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak.
• Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah menerangkan penubuhan Malysia.
• Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali.
• Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.
• Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda

• Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan
• Tentangan daripada Indonesia
• Tentangan Filipina
• Brunei menarik diri pada saat-saat akhir
• Tekanan komunis

Peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963

• Diluluskan oleh Parlimen Britain
• Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia
• Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia
• Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Singapura
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sarawak
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah
• Yang di-Petuan Agong memperkenankan Akta Malaysia

Kandungan Akta Malaysia

• Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
• Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen
• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu


1 comment: