Menu utama

10 September 2016

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Bab 1:Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara
Imperialisme Barat di Asia
1. Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara untuk meluaskan pengaruh dan wilayahnya menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
2. Negara yang mangamalkan dasar ini disebut sebagai imperialis.
3. Di Asia Tenggara, imperialisme bermula sejak abad ke-16. Imperialis Barat di Asia Tenggara termasuklah Portugis, Sepanyol, Belanda, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat.


Faktor-faktor Imperialisme Barat di Asia Tenggara


Perubahan Sistem Politik di Asia Tenggara (Filipina)
1. Sebelum kedatangan imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mangamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Imperialis menguasai sistem politik untuk menguasai ekonomi negara-negara jajahan.
3. Imperialis mengubah sistem pemerintahan beraja kepada sistem birokrasi Barat.

Ciri Umum Sistem Birokrasi Barat
1. Penyatuan wilayah tanah jajahan.
2. Pengawai Barat dilantik sebagai ketua biro.
3. Pelaksanaan pentadbiran biro (jabatan).
4. Pengenalan undang-undang.
5. Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbiran.
6. Penubuhan Kerajaan Pusat.

Perubahan Pentadbiran di Filipina oleh Sepanyol
1. Sebelum kedatangan Sepanyol, pentadbiran Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai barangay.
2. Barangay diperintah oleh golongan datu.

Perubahan Sistem pentadbiran dan Kesannya
1. Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dan meletakkan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi.
2. Daerah-daerah kecil/barangay disatukan.
3. Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda.
4. Ketua pentadbiran sistem ini ialah Encomiendero.
5. Encomiendero bertanggungjawab menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay.
6. Sistem Encomiendero dibenci oleh penduduk Filipina kerana:
                ~Mengenakan cukai yang tinggi
               ~Melaksanakan kerahan tenaga kepada rakyat.
7. Sistem Encomiendero ini membawa kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.

Tiga perinkat Pentadbiran Sepanyol di Filipina
  • Peringkat pusat (Gabenor Jeneral)
  • Peringkat wilayah (Ditadbirkan oleh Ketua Datuk Bandar.)
  • Peringkat bandar (Ditadbirkan oleh Gabenor Kecil.)
Perubahan Sistem Politik di Asia Tenggara (Indonesia)
Perubahan Pentadbiran di Indoniesia oleh Belanda
1. Sebelum kedatangan Belanda, pentadbiran Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan berasingan.
2. Contohnya ialah Kerajaan Mataram dan Kerajaan Bantam.
3. Raja dibantu oleh golongan pembesar.
4.Pemerintahan tempatan diketuai oleh pembesar daerah.

Ciri dan Perubahan Pentadbiran oleh Belanda
1. Pentadbiran Pusat
2. Pentadbiran Tempatan
3. Penubuhan Jabatan Kerajaan
4. Penubuhan Dewan Tempatan
5. Penubuhan Volkstroad

Perubahan Sistem Politik di Asia Tenggara (Burma)
1. Sebelum kedatangan British diperintah oleh Dinasti Konbaung.
2. Raja merupakan penaung kepada sami Buddha.
3. Dinasti ini mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
4. Dalam pentadbiran, raja dibantu oleh Hlutaw (Majlis diraja), Wun (Pengawai tinggi kerajaan), Myothugyi (Ketua bandar), Ahmudan (Pengawai diraja), dan Athi (Pembesar-pembesar tradisional).

Ciri Sistem Birokrasi British di Burma
1. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerinthan tertinggi.
2. Pengenalan Akta Perkampungan Burma (1889) dan Akta Kampung Ulu Burma (1887)
3. Sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
4. Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-Ok (Pengawai Bandaran).


Perubahan Pentadbiran di IndoChina oleh Perancis
Golongan Mandarin dan Pentadbiran di IndoChina
1. Sebelum kedatangan Perancis, pentadbiran di IndoChina ditadbirkan oleh kerajaan pusat dan berkuasa mutlak.
2. Kerajaan pusat memberikan kuasa penuh kepada pembesaran tempatan.
3. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin (pengaruh daripada Tanah Besar China). 
4. Golongan Mandarin dipilih melalui peperiksaan dalam bidang Bahasa dan kesusasteraan China.

Sistem dan Struktur Pentadbiran Perancis di IndoChina
1. Perancis meletakkan Gabenor Jeneral untuk mengetuai Pentadbiran di IndoChina.
2. Perancis menubuhka Union Indochinoise (Vietnam, Laos, Kemboja) dan membentuk kerajaan pusat di IndoChina.
3. Semua undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.
4. Perancis tidak mencampuri pentadbiran kerajaan tempatan di IndoChina.
5. Walau bagaimanapun, kerajaan tempatan perlu:
     (a) Membayar cukai
     (b) Menyediakan kerahan tenaga

Perubahan Pentadbiran Negeri-negeri Tanah Melayu
1. Sebelum kedatangan kuasa Barat, Negeri-Negeri Melayu ditadbiran oleh Kesultanan Melayu.
2. Melaka adalah negeri Melayu paling awal mengamalkan sistem pemerintahan beraja, dan terkenal sebagai Kesultanan Melayu Malaka.
3. Kesultana Melayu Melaka mangamalkan Sistem Empat Lipatan, Sultan dibantu oleh Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
4. Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, dan Perak mengamalkan sistem pemerintahan beraja dengan dibantu oleh sistem pembesar.

Pentadbiran Portugis di Melaka
1. Pertugis meruntuhkan institusi raja Melaka tetaoi mengekalkan pembesar tempatan.
2. Portugis meletakkan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbiran dan dibantu oelh Kapten Jenaral.

Pentadbiran British di Negeri-Negeri Melayu
British membahagikan Negeri-Negeri Melayu kepada:
1. Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura)
  • Diketuai oleh Gabenor
  • Dibantu oleh Residen Kaunselor
  • Pentadbiran peringkat kampong dipegang oleh penghulu
2. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.

  • Pentadbiran negeri dipimpin oleh Residen
3. Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Tengeranu, Perlis, Kelantan dan Johor)

  • Pentadbiran negeri dipimpin oleh penasihat sultan dalam pentadbiran negeri kecuali dalam hal adat istiadat dan hal ehwal agama.
Birokrasi Barat di Thailand
1. Thailand tidak pernah dikuasai oleh imperialis Barat.
2. Sistem birokrasi Barat diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.
3. Dua faktor yang mengukuhkan birikrasi Barat di Thailand ialah:

  • Kemunculan golongan baru
  • Pengamalan sistem raja berperlembagaan.

Pentadbiran Raja Mongkut
1. Raja Mongkut melantik 80 orang Penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di Thailand.
2. Perkhidmatan penasihat dari Barai digunakan untuk melatih pengwai-pengawai tempatan.
3. Raja Mongkut membawa pengawaidari Britain untuk menjadi penasihat dalam hal kewangan, pengendalian pelabuhan, dan perkhidmatan polis,
4. Raja Mongkut membawa pengawai dari Amerika Syarikat untuk menjadi penasihat kastam di Thaildand.

Pentadbiran Raja Chulalongkorn


1. Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasiht Rendah dan Majils Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri di Thailand.
2. Majis ini menjadi badan penasihat raja dalam pentadbiran negara.
3. Raja Chulalongkorn melantik juruaudit dari Britain dalam perbendaharaan negara.
4. Pentadbiran dan Kabinet Menteri dilantik daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA
Tahap Pertama
Tahap Kedua
  •     Dipimpin – Jose Rizal
  •     Bersifar sederhana
  •     Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
  •     Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
  •     Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
  •     Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
  •     Matlamat perjuangan :
  1.      Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
  1.        Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
  2.     Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
  •     Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
  •     Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
  •     Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
  •     Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.




  •     Penentangan secara radika
  •      Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
  •     Matlamat Katipunan
  •     Menyatukan bangsa Filipina
  •     Mencapai kemerdekaan melalui revolusi
  •     Media cetak iaitu akhbar Kalayan
  •     Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
  •     Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
  •     Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
  •     1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
  •     Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
  •     Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi. Aguinaldo ditangkap.
  •     Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
  •     Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
  •     Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
  •     1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA
Tahap Pertama
Tahap Kedua
  •    Tumpuan isu pendidikan
  •     Untuk ubah nasib penduduk Indonesia
  •     Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
  •     Karyanya : Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
  •     Pertubuhan penting : Muhammadiyah
  •     Matlamat Muhammadiyah
  •     Menyebar Islam sebenar
  •     Menghindari ancaman sekularisme barat.
  •     Menghindari ancaman agama kristian
  •     Membina sekolah, klinik & masjid.

  •     Perjuangan Parti politik radikal.
  •     Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
  •     Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
  •     PNI pimpinan Soekarno paling popular.
  •     Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
  •     Kerajaan Belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
  •     PNI turut di haramkan.



PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND
Tahap Pertama
Tahap Kedua
  •     Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
  •     Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
  •     Faktor:
  1.     Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal.
  1.     Sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand. 
  2.     Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
  •     1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram.
  •     Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
  •     Sistem raja berkuasa mutlak tamat
  •     Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.




  •     Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
  •     Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
  •     Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
  •     Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
  •     Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
  •     1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
  •     Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indochina dan di Tanah Melayu.



Perkembangan Nasionalisme di IndoChina
Tahap Pertama
Tahap Kedua
  •     Lebih tertumpu di Vietnam .
  •     Di pelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
  •     Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
  •     Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat.
  •     Ketua gerakan ialah Phan boi Chau memimpin gerakan revolusi tetapi gagal.
  •     Kemudian menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah di Vietnam.
  •     Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis.

  •    Gerakan lebih radikal kerana gagal mendapat kerjasama daripada Perancis.
  •     Gerakan tahap memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV ).
  •     Perancis bertindak menangkap pemimpin -pemimpin VNQDD termasuklah membunuh Nguyen Thai Hoc. 
  •     Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.
  •     Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.
  •     Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja di sekat, malah bagindan dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.



Perkembangan Nasionalisme di Burma
Tahap Pertama
Tahap Kedua
  •     Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit bependidikan Barat.
  •     Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
  •     Penubuhan ini bertujuan untuk:
  1.     Mengekalkan tradisi Burma
  2.    Memajukan pendidikan rakyat Burma.
  •     Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat nasionalisme rakyat
  •    Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe dengan menubuhkan Maljis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma pada tahun 1920.




  •     Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri.
  •     1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.
  •      Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am Songha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketui oleh Saya San iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.
  •      Kemudian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India akan melewatkan kemerdekaan Burma.
  •      Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkeajaan sendiiri.
  •     Golongan Thakin( siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.
  •     Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan diri mereka sebagai ”Tuan”.
  •     Dr. Ba mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.





5 comments:

  1. Apa kesan imperialisme kepada negara-negara asia tenggara ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pentadbiran tradisional merosot
      Ekonomi tempatan di ambil alih oleh penjajah
      Penduduk tempatan di kenakan cukai yang tinggi
      Penduduk tempatan di jadikan kerahan tenaga untuk kepentingan penjajah
      Para pembesar dan raja kehilangan pengaruh

      Delete