Menu utama

19 September 2016

16 September 2016

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

1. Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

a) Konsep Raja Berperlembagaan

• Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
• Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
• Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri secara bergilir-gilir
• Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia

b) Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia

• Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislatif), badan pemerintahan (Eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari)
• Yang di-Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
• Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
• Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja-Raja Melayu
• Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
• Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
• Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan negara terancam
• Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan

c) Kepentingan Raja Berperlembagaan

• Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini
• Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita
• Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja

2. KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA

• Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

a) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia

 (i) Senarai Persekutuan

Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
• Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihanraya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
• Jabatan Ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan sosial
• Orang Asli
• Hal-hal lain

(ii) Senarai Negeri

Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya

• Undang-undang Islam
• Tanah
• Pertanian dan perhutanan
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri

(iii)Senarai Bersama

Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan

Rumusan

• Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
• Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu mengurangkan perbalahan etnik
• Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.

3. PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI

a) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

• Perlembagaan Persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri
• Badan Eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa Eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
• Kuasa Eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
• Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri.

b) Bidang kuasa Kerajaan Negeri

• Peruntukan kuasa Eksekutif kepada Kerajaan Negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
• Kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang di-Pertua Negeri,
• Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh sultan atau Yang di-Pertua
• Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
• Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

4. LAMBANG-LAMBANG NEGARA

Tujuan
• Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air
• Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
• Rakyat sentiasa bersemangat
• Simbol perpaduan
• Lambang kemegahan penduduk
• Membezakan Malaysia dengan negara lain
• Melambangkan kedaulatan sesebuah negara
• Taat kepada pemerintah
• Terdiri daripada Jata Negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.

a) JATA NEGARA

• Menjadi lambang kemegahan penduduk negara
• Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri
• Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
• Bulan sabit – agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14 buah negeri Persekutuan.
• Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri Pahang.
• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan

b) BENDERA KEBANGSAAN

• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957
• Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa Reka Bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu
• Mengadakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373 peserta mengambil bahagian.
• Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai pemenang.
• Pada 26 Mei 1950, buat pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di perkarangan istana Sultan Selangor.
• Bendera Persekutuan juga dikenali sebagai Jalur Gemilang.
• Dikibar di majlis rasmi dan adat istiadat rasmi, seperti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Hari Kebangsaan.
• Warna merah - keberanian
• Warna putih - kesucian
• Warna biru - Perpaduan
• Warna kuning - lambang kedaulatan Raja-Raja Melayu
• Bulan sabit - lambang agama Islam sebagai agama rasmi
• Bintang berpecah empat belas - lambang gabungan empat belas negeri.
• 14 Jalur - warna merah dan putih lambang gabungan negeri.

c) LAGU KEBANGSAAN
• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’
• Lagu kebangsaan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur
• Pasukan pancaragam polis Diraja telah memperkenalkan 4 buah lagu.
• Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
• Lagu Terang Bulan dipilih sebagai asas lagu kebangsaan
• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.
• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air
• Membangkitkan semangat patriotik dan cinta akan negara
• Semua rakyat mesti berbangga dengan lagu kebangsaan.

                                                 Lagu "Negaraku"


  Lagu ‘God Save the Queen’


Lagu ‘Terang Bulan vs NegaraKu’





15 September 2016

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
                                                 Lord Brassey
1.   Tahun : 1887 
Tokoh :  Lord Brassey
Kawasan : Sarawak, Sabah, Persekutuan Tanah Melayu   
                                                                      Sir Malcolm MacDonald
2.   Tahun : 1948 
Tokoh :  Sir Malcolm MacDonald
Kawasan : Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei & Negeri-Negeri Selat & Persekutuan Tanah Melayu   
  
Lim Yew Hock

David Marshall
3.   Tahun : 1955
 Tokoh : Lim Yew Hock & David Marshall 
Kawasan : Singapura & Persekutuan Tanah Melayu     
Dato' Onn Ja'afar

4.    Tahun : 1956
Tokoh : Dato’ Onn Ja’afar
Kawasan: Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei, Tanah Melayu & Persekutuan Tanah Melayu   
                                                                Lee Kuan Yew
Tunku Abdul Rahman

5.    Tahun : 1959
Tokoh : Lee Kuan Yew & TUNKU ABDUL RAHMAN
Kawasan : Singapura & Tanah Melayu     


Apakah reaksi negara-negara di bawah terhadap Pembentukan Malaysia?


Singapura
disokong oleh Parti PAP, Lee Kuan Yew kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri
ditentang Barisan Sosialis yang mengatakan pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan baru
Sarawak 
disokong Parti Negara Sarawak (PANAS), SNAP, BERJASA, SCA, PESAKA, ditentang  SUPP
Sabah  
disokong UNKO, USNO, PARTI PASOK MOMUGUN, PARTI PERIKATAN SABAH
Brunei  
ditentang PARTI RAKYAT BRUNEI
Indonesia    
ditentang dan melancarkan konfrontasi
Filipina  
ditentang dan menuntut Sabah


Senaraikan kronologi usaha-usaha ke arah pembentukan Malaysia (ms. 149 – 152)

1.   Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah
2.   Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
3.   Ogos,1962: Suruhanjaya Cobbold
4. Ogos   1962: Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
5.   September 1962: Pungutan suara di Singapura
6.   Dis 1962: Gagasan MAPHILINDO
7.   Jun 1963: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)
8.   16Sep1963: Perisytiharan Malaysia

Lengkapkan intipati Perjanjian Malaysia 1963 (m.s 155 )

a)Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
b)Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
c)Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan
e)Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam
f) Perwakilan parlimen – Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah -16 kerusi dan Singapura – 15 kerusi
g) Rakyat Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf sama dengan orang Melayu di Persekutuan

RANGKUMAN RINGKAS BAB 6

Langkah-langkah pembentukan Malaysia

• Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
• Mengadakan rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak , Sabah dan Singapura
• Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Penubuhan MAPHILINDO
• Bertujuan untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.
• Setiausaha Agung PBB U Thant menghantar perwakilan Malaysia ke PPB membincangkan penubuhan Malaysia.
• PBB hantar wakil ( Lawrence Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju menyertai Malaysia.

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

• Ditubuhkan pada Julai 1961.
• Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens.
• Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia.
• Mengumpul pandangan penduduk.
• Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir
• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

• Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.
• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.
• Jun 1962 mengemukan laporan kepada kerajaan British.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat.
• Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

Cadangan Suruhanjaya Cobbold

• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.
• Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
• Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)

• Ditubuhkan pada Ogos 1962.
• Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak.
• Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah menerangkan penubuhan Malysia.
• Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali.
• Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.
• Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda

• Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan
• Tentangan daripada Indonesia
• Tentangan Filipina
• Brunei menarik diri pada saat-saat akhir
• Tekanan komunis

Peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963

• Diluluskan oleh Parlimen Britain
• Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia
• Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia
• Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Singapura
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sarawak
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah
• Yang di-Petuan Agong memperkenankan Akta Malaysia

Kandungan Akta Malaysia

• Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
• Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen
• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu